Senin, 03 Maret 2014

MUI Kecam Penganjuran Pertandingan Miss World



Jakarta – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengecam keputusan kerajaan Indonesia untuk menganjurkan pertandingan Miss World bulan depan, kerana perbuatan mendedahkan aurat wanita adalah haram.

Bantahan itu disuarakan selepas MUI menegaskan ia menentang penganjuran pertandingan ratu cantik di negara berkenaan.

“Wanita yang mendedahkan aurat di khalayak ramai adalah haram.

“Walaupun tiada pemakaian bikini pada penganjuran kali ini namun peserta masih memakai pakaian ketat dan mendedahkan,’’kata pegawai tinggi MUI, Muhyiddin Junaidi.

Beliau berkata, MUI telah membuat keputusan mengenai pertandingan berkenaan, justeru terserah kepda kerajaan sama ada mereka mahu membatalkannya.

MUI turut menggesa supaya penduduk Islam di negara berkenaan tidak menonton pertandingan berkenaan yang akan disiarkan melalui kaca televisyen.

Seramai 130 wanita akan mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Word ini.

Ia akan diadakan di Bali dan Bogor.


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest