Sabtu, 21 Desember 2013

iPhone 5S 5C Tiba Di M’sia 1 Nov Ini



Akhirnya masa yang anda tunggu-tunggu telah tiba! Menurut kenyataan rasmi media dari syarikat Apple, iPhone 5S dan 5C akan dilancarkan di Malaysia bermula 1 November ini.

Selain Malaysia, Apple akan melancarkan produk tersebut di 15 negara lain seperti India, Arab Saudi, Mexico, juga pada tarikh yang sama.

Negara-negara seperti Korea Selatan, New Zealand, Taiwan, dan Thailand adalah antara 35 negara yang bakal melancarkan telefon pintar itu lebih awal berbanding Malaysia iaitu pada 25 Oktober, lebih kurang seminggu lebih awal.

Laman syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan termasuk Maxis, Digi dan Celcom walau bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang pelan pembayaran untuk iPhone model terbaharu ini.


Like the Post? Do share with your Friends.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

IconIconIconFollow Me on Pinterest